Condition : 8/10
Setiap kejayaan gemilang seorang tokoh, pasti terdapat seorang tokoh lain yang hebat dan menjadi pencetus kecemerlangan itu… Dialah SULTAN NURUDDN ZANKI, mentor yang melahirkan seorang SALAHUDDIN AL-AYYUBI, Pembebas Jerusalem.
Nuruddin Mahmud Zanki adalah seorang tokoh penting dalam sejarah Islam. Mungkin ramai yang tidak mengenali tokoh ini secara mendalam. Berbeza halnya dengan Salahuddin al-Ayyubi, yang begitu akrab di telinga kaum Muslimin pada hari ini. Sedangkan, Nuruddin Zanki adalah pendahulu Salahuddin. Dia juga adalah orang yang memulakan penyatuan serta Islamisasi Syria dan Palestin dalam menghadapi kekuatan tentera Salib.
Menurut Carole Hillenbrand dalam bukunya, Perang Salib, menyatakan bahawa, selama berabad-abad sejak masa Perang Salib “adalah Nuruddin, dan bukannya Saladin, yang memiliki reputasi paling gemilang sebagai sosok mujahid sejati. Saladin ‘ditemukan kembali’ oleh umat Islam pada abad kesembilan belas dan kedua puluh.” Rupanya, bersamaan dengan ‘ditemukannya’ Salahuddin pada masa-masa yang belakangan, peranan Nuruddin Zanki menjadi pudar dari ingatan kaum Muslimin kontemporer.
Tulisan ini tidak bermaksud mengembalikan keadaan seperti sebelum abad kesembilan belas, iaitu agar Nuruddin Zanki menjadi tokoh mujahidin yang lebih terkenal dan lebih menonjol daripada Salahuddin. Walaupun buku ini secara khusus menulis tentang Nuruddin Zanki, dan tidak banyak membahas tentang Salahuddin, tapi saya berharap kedua-dua tokoh ini dikenali oleh kaum Muslimin serta diberi penghargaan secara seimbang dan semestinya.